Serangan Tentera Israel ke atas Kapal Mavi Marmara berserta tindakan "hijacking"(melarikan) bersama 5 buah kapal lain yang menyertai Konvoi Flottilla Aid untuk penduduk Palestin di Gazza seharusnya dikutuk oleh masyarakat dunia. Serangan ini sebenarnya memaparkan kemunafikan Israel yang mencari segala alasan untuk menghalang bantuan kemanusiaan sampai ketangan penduduk Palestine di Gazza.
Alasan yang diberikan oleh Pemimpin-pemimpin mereka, Jurucakap-jurucakap Tentera dan Wakil Media mereka hanyalah bahawa mereka "mempertahankan diri" ke atas provokasi yang di lakukan oleh beberapa aktivis kemanusiaan yang dipaparkan oleh "footage video" yang mereka sendiri keluarkan pada hari yang kedua. Kononnya ROmbongan terbabit mempunyai hubungan langsung dengan Hamas untuk menghantar bantuan senjatapi ke Palestine.
Namun Setelah hari ketiga rampasan dilakukan, mereka masih tidak dapat membuktikan terdapatnya sebarang senjata atau peralatan pembuatan roket dan senjata yang digemburkan oleh Israel sebagai tindakan pro-Hamas untuk menyerang Rakyat Israel.
Rombongan Aktivis kemanusiaan sudah menegaskan bahawa 10,000 tan metrik bantuan yang mereka bawa kali ini hanyalah bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Gazza yang masih menderita akibat serangan Tentera Israel ke atas mereka pada tahun 2009 yang lalu.
Jika ini tidak dikira melanggari hak asasi manusia oleh PBB dan PBB gagal bertindak terhadap Israel, maka seharusnyalah Negara-negara yang mengecam tindakan ganas Israel ini keluar dari Persatuan bangsa-bangsa Bersatu yang hanya tegas ke atas Negara-negara yang lemah.
http://saifulislam.com/?p=470#more-470
Ketahuilah masyarakat dunia bahawa Rakyat Palestine mahukan hak mereka hidup dengan aman tanpa sebarang sekatan kemanusiaan. Mereka berhak hidup seperti penduduk Israel, Malaysia, Singapura dan masyarakat dunia yang lain. Anak-anak mereka sudah terlalu kepingin untuk hidup bebas seperti anak-anak manusia lain. Mereka tidak perlukan peperangan dan sekatan lagi...Bebaskan mereka........
3-6-2010