Tuesday, January 26, 2010

Adib- hari Pertama Sebagai Ahli Kadet di Sekolah

Hari ini, anak sulung abah secara sahnya menjadi ahli kadet sekolah. Dengan niat dan azam untuk mendisiplinkan diri dan mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan oleh abah,mama & guru-guru bersama Pasukan Kadet. Mungkin ini langkah awalnya untuk mennjadi seorang juruterbang suatu hari nanti.

Semoga, anakku Adib Luqman berjaya dalam cita-citanya dan berjaya menjadi insan berguna untuk Islam Negara dan Dunia. Masyhur di dunia dan lebih masyhur di Akhirat....Allahumma aamiin


Segak  Abang nih...hehehe..

 

Saturday, January 23, 2010

Doa Keselamatan

Ya Allah, ya tuhan kami!
Anugerahkanlah kami Taufik
Untuk Berbuat Ketaatan dan Menjauhi Kemaksiatan,
Serta niat yang baik-baik dan Pengetahuan akan halal dan haram

Ya Allah, Muliakanlah kami
Dengan Petunjukmu dan amal yang Istiqamah
Peliharalah lidah kami agar berkata benar dan bijaksana
Penuhilah Ya Allah Hati kami dengan Ilmu Pengetahuan

Ya Maalik Ya QUddus,
Sucikanlah perut kami dari perkara Haram dan Syubhah
Tahanlah tangan kami dari kezaliman dan mencuri
Pejamkanlah Mata kami dari perbuatan Jahat dan Khianat

Ya Allah, selamatkanlah pendengaran kami
dari mendengar perkara jelek dan ghibah
Berikanlah Ulama' dan pemimpin kami sikap Zuhud dan Ikhlas
Golongan Pelajar kami, sikap kesungguhan
dan pendengar-pendengar agar mengikuti dan mendapat peringatan

Ya Allah ul Wasi'ul Hakiim
Berikanlah Kesihatan ddan kelapangan kepada Muslimin/Muslimat kami yang sakit
Dan kepada Muslimin/muslimat yang meninggal dunia dengan kelemah-lembutan dan RahmatMu
Dan kepada Pemuda kami sikap kesabaran dan Taubat

Ya Allah, Kurniakanlah kepada wanita-wanita kami
Sikap malu dan Harga Diri,
Dan Orang yang kaya dikalangan kami sikap tawaddu' lagi dermawan
Serta Orang faqir miskin akan kesabaran dan rasa cukup

Limpahkanlah sholawat kepada junjungan kami Rasulullah SAW beserta keluarganya, salam terbaik kami buat mereka semua.
Segala puji hanya kepada Mu, Ya Allah, Tuhan Pemelihara Seluruh Sekalian Alam"

Dipetik dari auramustika dalam komennya di viedo Doa keselamatan

Wednesday, January 20, 2010

Nota : Pelajaran Bahasa Arab P2

 Buku 1 : Pelajaran 1 (nota sambungan)

Bahagian- bahagian Speech dalam bahasa Arab.


1)  Noun   اسْمٌ  yang terdiri dari   :

       Noun : اسْمٌ 

       Pronoun : ضَمِيْرٌ   
,
       Adjective:  نَعْتٌ  / صِفَةٌ  

       Adverb: ظَرْفٌ 

       Interjection : اسْمُ الفَعْلِ

2)  فَِعْلٌ  Kata kerja/perbuatan / Verb.


3)  Semua perkataan lain dari   اسْمٌ and فَِعْلٌ    adalah - Particle حَرْفٌ  dan  contohnya:-
                 a.    حَرْفُ جَرٍٍّّ .or  Preposition.
                 b.       حَرْفُ عَطْفٍ  or Conjunction
         dan lain-lain.

 Bab اسْمٌ

1)     اسْمٌ dalam bahasa Arab mempunyai  tanda akhir yang menunjukkan fungsinya dalam sesebuah Ayat.  Seperti  kita mahu berpakaian mestilah bersesuaian dengan majlis atau tempat yang hendak  kita tuju.

a.       Marfu’       مَرْفُوعٌ         (Nominative Case) . Cara kenal-Huruf diakhirnya adalah   (DHAMMAH) ضمّه     (gelaran= DUN)

b.      Mansub  مَنْصُوْبٌ         ( Accussative Case). Cara kenal -Huruf diakhirnya adalah  فتح

       (Gelaran = DAN)

c.       Majrur      مَجْرُوْرٌ         (Genitive Case) . Cara kena- Huruf diakhirnya adalah كسرة (Gelaran= DIN)

 INGAT        DUN.......DAN........ DIN...........
                                                                                                                                            Bersambung .....

    




Tuesday, January 19, 2010

Nota: Pelajaran Bahasa Arab -P1

Ringkasan Pelajaran Bahasa Arab dari Lesson in Arabic Language Book1 by Sheikh Dr. V. Abdur Raheem , Islamic University of Madinah...Semoga jadi panduan di masa depan...seterusnya menguasai Bahasa Al-Quran dengan mahir bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelajaran Pertama ( الدِّرْسُ الأوَّلُ ) Part 1


1) Bahasa Arab terdiri dari 29 huruf tapi Cuma 28 dikira huruf konsonan, di mana Alif tiada bunyi sebutan.

2) Bunyi sebutan adalah ditentukan oleh tanda pada sesuatu huruf :-

a. Tanda Baris hadapan (DHAMMAH) ضمّه    -ُ atau -ٌ
b. Tanda Baris Atas (FATAH) فتح  ( -َ atau -ً)ً
c. Tanda Baris Bawah (KASRAH) كسرة -ِ atau -ٍ
d. Tanda Baris Mati (SUKUN)  سكون     -ْ    yang menghilangkan bunyi huruf..

3) Dalam Bahasa Arab “Pengucapan”(Al Jumlah) terdiri dari:-

a. اسْمٌ - Noun/ Kata Nama
b. فِعْلٌ - Verb/ Kata Buat
c. حَرْفٌ - Particle

4) اسْمٌ  dalam Bahasa Arab mempunyai tanda akhir yang menunjukkan fungsinya dalam sesebuah Ayat. Seperti kita berpakaian bersesuaian dengan majlis atau tempat yang kita tuju.

5) اسْمٌ  terbahagi 2 iaitu:-

a. Definite /Muktamad - Semua Kata nama Khas (Proper nouns) adalah muktamad dan Noun yang dimulakan dengan لl ; ( Gugurkan satu tanda tanwin pada huruf terakhir)
Contoh Kata nama Khas : محمدٌ, علىٌ, خادجةٌٌ
Contoh katanama lain : الكتابُ، , القلمُ , المسجدُ

b. Indefinite /Tak muktamad - Katanama(Noun) yang  bertanda Tanwin (-ٌ ,-ً , -ٍ ) pada huruf terakhir (kecuali Katanama Khas tadi) ; Contoh : كتابٌ  , قلمٌ , مسجدٌ

Bersambung....

Wednesday, January 13, 2010

Cerita Motivasi -Kupu-kupu(Moth) dan Nyamuk


Cerita ini di kisahkan oleh Syeikh Asif dari Pakistan, yang mengajar Bahasa Arab sebagai motivasi kepada murid-muridnya. Ilmu adalah Cahaya yang menyuluh hidup manusia yang dalam kegelapan.

Moth atau Bahasa kita Kupu-kupu yang berkorba dirinya untuk meraih cahaya. "Moth" ini menurut  Syiekh Asif dalam bahasa Urdunya "Parvaana" sering di ambil iktibar oleh penyair-penyair Urdu kerana kegigihan mereka untuk mendapatkan cahaya....Dengar dulu satu syair yang di karang oleh Allamah Muhammad Iqbal penyair urdu yang amat terkenal di Pakistan dan India.                                                                                                 

http://www.youtube.com/watch?v=7Byoo3tznZg   <- versi nyanyian Siza

http://www.youtube.com/watch?v=CCcMr9iFalg   <- yang ni versi sekolah2 di Pakistan...

Ceritanya, Sang Nyamuk sangat hairan kenapa Kupu-kupu ni selalu menjadi pujaan penyair-penyair urdu..(sebut pun sedap, Parvaana....sedangkan nyamuk pula ialah Machar...dlm bahasa urdu)..So Satu hari Sang Nyamuk nak tahu apa kelebihan Parvaana ni...Jadi dia kenalah menyamar sebagai seekor Parvaana..pasang sayap dan sesunggut ..dan pergila dia ke satu koloni Kupu-kupu. Sesampai je di Koloni tu San Nyamuk pun di sambut oleh mereka..Kata Sang Nyamuk, "Assalamualaikum...aku ni datang dari kampung lain dan nak berehat sebentar di sini.". Kupu-kupu yang  menyambutnya pun menjawab salam lalu berkata " Selamat Datang, Silakan..Tuan adalah tetamu kami. Buat la seperti rumah sendiri, makan minum dan berehat seperti biasa." Maka Sang nyamuk pun duduk berehat sambil memerhatikan kepada kawanan kupu-kupu tadi.
    Bila Malam menjelang, ada rumah manusia berhampiran dengan koloni kupu-kupu pun membuka lampu yang sangat terang. Maka apabila terlihat sahaja akan cahaya terang itu kawanan kupu-kupu ni tadi terus terbang berkejaran menuju ke arah cahaya lampu itu tanpa berlengah lagi. Teriak salah seekor dari mereka kepada Sang nyamuk yang tengah berehat," Ayuh, saudaraku...marilah kita pergi mendapatkan cahaya di sana! Ada cahay yang ternag di sana!" .. Barulahlah Sang Nyamuk ni tahu kenapa penyair memuja kupu-kupu atau Parvaana tu..Keinginan dan Kesungguhan mereka mendapatkan cahaya walaupun mereka terkorban nyawa untuk mendapatkannya. "Kamu pergilah dulu! Saya ada hal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Saya akan menyusul kemudian" kata Sang Nyamuk tadi. Nyamuk mana suka pada cahaya yang terang dia lebih suka kepada tempat yang gelap.

Begitula umpamanya kata Brother Asif, Di manakah kita...adakah kita mahu menjadi seperti Parvaana dalam usaha mendapatkan ilmu? Atau kita memilih menjadi Machar (nyamuk) selesa dalam kegelapan.. Tepuk dada tanya Imannn... Wallahua'lam