Saturday, September 4, 2010

Kenali Riya' (ria') - sambungan

Petikan dari Kitab Mensucikan Jiwa Oleh Sa'id Hawwa
Kuliah Ust Muhammad Hasbi

Kesan dan Akibat Dari Penyakit Riya'

1. Membatalkan Amalan - Di Akhirat nanti amalan itu tidak akan berguna  ( Zero amal)

2. Penyebab kepada Kemurkaan Allah SWT

3. Pembinasa amal yang terbesar. Sangkaan kita beramal tapi habis binasa

4. Jatuh Syirik sebagai Syirik Khafi/syirik kecil...semua syirik akan diazab oleh Allah dalam neraka ..Nauzubillah


Maka itu perlu bermujahadah dan bekerja keras untuk menghilangkan dan memusnahkan akar-akar umbi dan ranting-ranting penyakit ini.


Punca-punca Riya'

1. Cintakan kedudukan/ Kehormatan/ Pangkat
     a. Aku Seronok dan lazat nya diri bila di sanjung orang
     b. Aku suka Mengharapkan pujian
     c. Aku Mengharapkan kemasyhuran di mata orang. Berjihad untuk suku/bangsa(hadis).

2. Tamakkan kelebihan yang ada di tangan orang lain.
     Aku beramal kerana mahukan orang angkat kedudukan/pangkat aku yang telah dimiliki oleh orang lain.

3. Menghindari sakitnya Celaan. Takut dicela orang.
   Sekalipun Tak harapkan sanjungan aku masih melakukan amalan kerana takut dikatakan
   malas/ tidak alim/bodoh dan sebagainya.

Punca atau ciri-ciri riya' ini mesti dikenali dengan jelas supaya dapat kita usahakan bagaimana mengubat dan merawat sakit yang dahsyat ini.

Allahua'alam

  

Thursday, September 2, 2010

Kenali Riya' (ria')

Kitab Mensucikan Jiwa (ms 189)Oleh Sheikh Said Hawwa Penerangan oleh Ustaz Muhammad Hasbi.

Bahagian 2 : Riya' dengan sifat-sifat Ibadah ada 3 jenis.

1. Riya' yang jika ditinggalkan boleh kurangkan nilai Ibadah(Wajib-Solat, Puasa, zakat, haji) -
 contohnya Perkemas rukuk, sujud, bacaan jika dilihat orang. Sedangkan jika sendirian ibadahnya simple dan ringkas. Ini adalah juga syirik khafi (halus)

2. Riya' yang  perkara yang dilakukan akan menyempurnakan Nilai Ibadahnya jika ditinggalkan tidak kurangkan nilai ibadah tapi .
Contoh : Panjangkan ruku', sujud, perbaiki penampilan, segerakan takbiratul ihram, tambah surah2 yg biasa dibaca,  banyak bersendirian dibulan ramadhan, banyak diam, pilih yang terbaik dlm zakat dan sebagainya. Jika sendirian tidak pula dilakukan amalan-amalan  tersebut.

3. Riya' dalam Penambahan amalan-amalan sunat jika dilihat orang. Jika bersendirian tidak dilakukan.
Contoh: Hadir jemaah mendahului orang lain, duduk di belakang Imam, perbanyak amalan sunat yang lain bila berada di kalangan orang.


Riya' itu pula ada 3 tingkatan.

1. Tujuannya untuk berbuat maksiat. (Paling dimurkai Allah)
Contoh:-Berbuat alim untuk memikat wanita atau mengambil kesempatan atas orang lain.
Menutup kemaksiatan dengan perbuatan baik.

2. Tujuannya untuk mendapat habuan dunia yang dibenarkan syara'.
Contoh :- Untuk mendapat pujian, untuk mengahwini wanita mulia/cantik, mendapatkan pangkat atau harta. Jadi Ulama untuk mengahwini anak perempuan Ulama..

3.Tujuannya agar dikenali sebagai orang zuhud, alim, ahli ibadat, Ulama dan sebagainya.
Contoh :- Berbuat baik untuk dikenali sebagai orang yang baik. Tertawa  dengan kuat tapi bila dilihat orang di beristighfar takut kurang wibawanya di mata orang. Berqiamulail dan bertahajud bersama orang lain kerana takut di anggap bukan ahli ibadah.

Orang yang ikhlas hanya mengharapkan rahmat Allah dan tidak hirau apa yang dianggap atau dikatakan orang lain. Atau juga tidak berkeinginan habuan di dunia selain dari pahala, rahmat dan keredhaan Allah semata-mata.

Ya Allah Aku berlindung dariMu akan Syirik kepada Mu dalam perkara yang tidak aku ketahui,
Dan Ampunkanlah dosa syirik ku dalam perkara yang aku ketahui.