Pelajaran Pertama ( الدِّرْسُ الأوَّلُ ) Part 1
1) Bahasa Arab terdiri dari 29 huruf tapi Cuma 28 dikira huruf konsonan, di mana Alif tiada bunyi sebutan.
2) Bunyi sebutan adalah ditentukan oleh tanda pada sesuatu huruf :-
a. Tanda Baris hadapan (DHAMMAH) ضمّه -ُ atau -ٌ
b. Tanda Baris Atas (FATAH) فتح ( -َ atau -ً)ًc. Tanda Baris Bawah (KASRAH) كسرة -ِ atau -ٍ
d. Tanda Baris Mati (SUKUN) سكون -ْ yang menghilangkan bunyi huruf..
3) Dalam Bahasa Arab “Pengucapan”(Al Jumlah) terdiri dari:-
a. اسْمٌ - Noun/ Kata Nama
b. فِعْلٌ - Verb/ Kata Buat
c. حَرْفٌ - Particle
4) اسْمٌ dalam Bahasa Arab mempunyai tanda akhir yang menunjukkan fungsinya dalam sesebuah Ayat. Seperti kita berpakaian bersesuaian dengan majlis atau tempat yang kita tuju.
5) اسْمٌ terbahagi 2 iaitu:-
a. Definite /Muktamad - Semua Kata nama Khas (Proper nouns) adalah muktamad dan Noun yang dimulakan dengan لl ; ( Gugurkan satu tanda tanwin pada huruf terakhir)
Contoh Kata nama Khas : محمدٌ, علىٌ, خادجةٌٌ
Contoh katanama lain : الكتابُ، , القلمُ , المسجدُ
b. Indefinite /Tak muktamad - Katanama(Noun) yang bertanda Tanwin (-ٌ ,-ً , -ٍ ) pada huruf terakhir (kecuali Katanama Khas tadi) ; Contoh : كتابٌ , قلمٌ , مسجدٌ
Bersambung....
No comments:
Post a Comment